eSedekah@UMK (esedekah.umk.edu.my) adalah sebuah platform yang dikendalikan oleh Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan (PIUMK). Ianya diwujudkan untuk membantu pelajar UMK yang memerlukan sumbangan secara telus, mudah dan sistematik tanpa eksploitasi.
Dengan mengunjungi dan menggunakan platform eSedekah@UMK, pengunjung atau pengguna (Anda) memahami Terma dan Syarat yang dinyatakan di bawah.
Sekiranya Anda sebagai pengguna laman sesawang tidak bersetuju dengan mana-mana perkara yang dinyatakan di bawah, Anda tidak dibenarkan menggunakan platform kami.
Kami menyediakan platform untuk pengumpulan sumbangan secara atas talian daripada orang awam (online crowdfunding) kepada pengguna melalui laman sesawang ataupun melalui aplikasi telefon pintar (Sinimo) berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan dengan Penyelenggaraan Pengumpulan Sumbangan oleh PIUMK melalui platform eSedekah@UMK yang telah ditubuhkan.