Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.
YBhg. Dato' Prof/Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,
PELAWAAN SUMBANGAN KE TABUNG INFAQ IMARAH MASJID UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti telah mewujudkan Tabung Infaq Imarah Masjid UMK bertujuan pengimarahan masjid melibatkan aktiviti-aktiviti kerohanian, program pembangunan syiar Islam dan penambahbaikan fasiliti untuk manfaat warga universiti dan masyarakat sekitar. Selain itu, penyediaan tabung ini juga sebagai persiapan mengadakan solat jumaat di Masjid UMK Bachok.
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami mempelawa YBhg. Dato' Prof./ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, untuk menyumbang kepada Tabung Infaq Imarah Masjid UMK melalui tiga (3) kaedah sebagaimana berikut:-
a) Klik pautan esedekah@UMK: https://
b) Pindahan wang secara dalam talian ke akaun BANK MUAMALAT (Universiti Malaysia Kelantan) 0301-0006484-71-0 de
c) Imbas DuitNow QR di poster
Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Dato' Prof./ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.
Unit Pentadbiran & Kewangan Pusat Islam UMK