PROJEK WAKAF PENDIDIKAN MAIK UMK PERTAMA
Wakaf Transit UMK
Latar Belakang Projek:
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama MAIK telah melancarkan projek Wakaf Transit UMK di Kampus Bachok. Projek ini bertujuan membina hentian bas yang selesa serta kiosk keusahawanan untuk manfaat pelajar.
Keperluan Dana:
Jumlah Sasaran adalah RM73,000.00.
Hasil Wakaf Anda:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah: 261)