Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar zakat fitrah di negeri ini bagi Ramadan 1447H sebanyak RM10 dan RM22 berdasarkan harga beras yang digunakan mengikut keselesaan pembayar.
RM10.00 – Beras tempatan (biasa)
RM22.00 - Beras wangi, beras import, beras basmati atau setara
Resit rasmi MAIK akan dihantar ke pejabat masing-masing atas nama pembayar.
NIAT MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
”Inilah bayaran zakat fitrah untuk diriku/dan tanggunganku bagi tahun ini, fardhu ke atasku kerana Allah Taala.”