Projek infaq Pusat Islam bertujuan untuk menyediakan bantuan yang diperlukan kepada mereka yang memerlukan, serta membina asas bagi pertumbuhan dan kelestarian komuniti. Pusat Islam berpegang pada nilai-nilai keadilan dan keberkatan, dengan misi untuk memberikan akses kepada keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan, dan bantuan sosial kepada pelajar yang memerlukan, mencipta sebuah lingkungan di mana setiap individu dapat berkembang sepenuh potensinya.
Diantara program yang dijalankan ialah;
• Bantuan Makan Pelajar
• Gerobok Makanan
• Open Kitchen
• Berbuka Puasa
• Bantuan Kewangan
• Bantuan Kecemasan
• Bantuan Kelengkapan Pembelajaran
”Apapun harta yang kalian infakkan maka Allah pasti akan menggantikannya, dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezki”
Assaba : 39
Jom berinfaq bagi membantu pelajar UMK yang memerlukan. Semakin banyak memberi semakin banyak menerima.