PROJEK INFAQ FASILITI PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Projek Infaq Fasiliti Pelajar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah projek usahasama Pusat Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (3PI) dan Pusat Islam UMK yang bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi menyokong keperluan fasiliti, aktiviti dan kebajikan pelajar. Projek Infaq Fasiliti pelajar ini mensasarkan jumlah dana sebanyak RM840,000.00.
Inisiatif Projek Infaq Fasiliti Pelajar;
1. Menyediakan kemudahan fasiliti yang diperlukan bagi menyokong proses pengajian dan pembelajaran pelajar.
2. Memastikan fasiliti dan kemudahan untuk pergerakan pelajar dalam sebarang aktiviti di universiti.
3. Menjimatkan kos penyelenggaraan dan pembaikian fasiliti usang melalui perolehan fasiliti baharu.
4. Mengurangkan kebergantungan Universiti kepada peruntukkan kerajaan yang terhad.
Kenapa anda perlu menyumbang?
Menambah baik fasiliti sedia ada dan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelajar.
Menampung kos penyelenggaraan fasiliti yang tinggi bagi keselesaan pelajar.
Memberi peluang kepada penyumbang untuk membuat amal jariah demi kemaslahatan dan kebajikan pelajar.
Sumbangan anda layak mendapat PELEPASAN CUKAI DI BAWAH SUB SEKSTEN 44 (6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 melalui RESIT RASMI yang dikeluarkan oleh Pejabat Bendahari UMK.
Maklumat lanjut boleh dihubungi melalui emel upk.3pi@umk.edu.my atau talian whatsapp 09-7797635