Tabung UMK4U merupakan tabung amanah yang diwujudkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi menggalakkan budaya menyumbang dalam kalangan warga universiti, alumni, industri dan masyarakat untuk menyokong pembangunan pendidikan, kebajikan pelajar serta kelestarian institusi. Inisiatif ini selari dengan aspirasi UMK untuk memperkukuhkan kelestarian kewangan universiti melalui sumbangan dan endowmen, di samping memupuk semangat "1 Hati, 1 Jiwa, UMK4U" dalam kalangan komuniti universiti.