BANTUAN INFAQ MAKANAN PELAJAR UMK
Projek infaq makanan pelajar Pusat Islam diwujudkan bertujuan untuk menyediakan bantuan barang dapur kepada pelajar UMK kategori asnaf dan B40 yang menginap di luar kampus. Bantuan tersebut amat diperlukan bagi memastikan pelajar tidak berlapar semasa pengajian di universiti. Bantuan disalurkan dalam bentuk bakul barang makanan bernilai RM50 bagi setiap rumah sewa pelajar.
”Berangsiapa yang mempermudahkan urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)